Pengarah, Pengurus Syarikat Direman Kes Rasuah Tender Bekalan Air Di Semporna Bernilai...

Pengarah, Pengurus Syarikat Direman Kes Rasuah Tender Bekalan Air Di Semporna Bernilai RM142 Juta

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman DUA (2) pengarah dan DUA (2) lagi pengurus syarikat pembinaan selama empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada 2019.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini setelah permohonan dibuat SPRM semalam (Rabu).

Menurut sumber mereka yang direman terdiri daripada lelaki berusia 27 hingga 49 tahun, ditahan SPRM dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu semalam.

Sumber juga memberitahu Bernama bahawa kes itu disiasat di bawah Akta SPRM 2009, namun enggan mengulas jika ada tangkapan lain berkenaan kes itu selepas ini.