Polis Marin Sandakan Tahan Bot Nelayan Lakukan Kesalahan ‘Tarik Siring’ Di Perairan...

Polis Marin Sandakan Tahan Bot Nelayan Lakukan Kesalahan ‘Tarik Siring’ Di Perairan Laut Segama

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Sepasukan 4 anggota Pasukan Polis Marin Sandakan Sabah telah berjaya menahan 1 buah bot nelayan jenis tunda di kawasan perairan Laut Segama semalam dalam satu operasi Ops Gelora Khas.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata; “Vessel tersebut telah ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang 03 Batu Nautika dari persisiran pantai laut berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tunda berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) iaitu melanggar syarat lesen kerana menunda kurang 03 batu nautika dari pesisiran pantai.”

Kapal dan beserta juragan bersama 3 orang krew bot, semuanya warganegara Indonesia berdaftar telah ditahan.

Bot nelayan beserta beberapa peralatan seperti pukat tunda dan pelbagai hasil laut dan saiz lebih kurang 20 kilogram turut dirampas.

Bot nelayan yang ditahan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk pemeriksaan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Selain itu, masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai boleh juga menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197.