KOTA KINABALU, SABAH – Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) baharu, Datuk Harun Ismail bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu hari ini.
Harun dilantik ke jawatan baharu itu pada 15 Sept selepas berkhidmat selama 39 tahun di Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC).
Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Malaya, Harun pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif SEC selama 12 tahun.
Dalam pertemuan itu, Harun berbincang dengan Ketua Menteri antara isu lain berkaitan minyak dan gas di negeri ini.





