Pengasuh Pendera Viral Dihukum Penjara Setahun, Denda RM10,000

Pengasuh Pendera Viral Dihukum Penjara Setahun, Denda RM10,000

0
SHARE
Video
Tangkap layar klip video menunjukkan pengasuh berkenaan yang sedang memukul mangsa menggunakan objek ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular)

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pengasuh tadika yang mendera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dijatuhkan hukuman dipenjara selama setahun dan didenda RM10,000 hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan turut memerintahkan Melona Eva Ezwa Musah, 27, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun selepas selesai hukuman penjaranya.

Melona yang mengakui pertuduhan terhadapnya juga diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara setahun lagi jika dia tidak membayar denda.

Melona melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak bawah umur itu antara 9 pagi dan 10 pagi pada 8 Ogos tahun ini di Tadika Srikandi.

Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbuatan wanita itu telah menjadi tular.