Polis Keningau Tumpaskan Sindiket Bitcoin

Polis Keningau Tumpaskan Sindiket Bitcoin

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Polis daerah ini berjaya mengesan sekaligus menumpaskan sebuah sindiket perlombongan bitcoin yang beroperasi di bandar baru, sini, pada Isnin lepas

Satu serbuan dibantu pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn Bhd, (SESB) menamatkan kegiatan berkenaan pada jam lebih kurang 7 malam.

Bitcoin
Serbuan Polis Daerah Keningau menumpaskan sindiket perlombongan bitcoin (Sumber Foto: Ihsan IPD Keningau)

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Nor Rafidah Kasim, sebanyak 57 buah mesin bitcoin, lima unit router, satu unit modem jaringan tanpa wayar (WiFi) dan satu set komputer digunakan untuk tujuan perlombongan bitcoin berjaya dirampas.

“Premis tersebut juga disyaki membuat sambungan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerosakan dan kerugian pada harta benda SESB.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, 37(1) Akta bekalan 1990.