PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 3 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,590 orang.
DARIPADA 3 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, tiada KES IMPORT yang TERLIBAT.
SEBANYAK 3 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 1 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
WARGANEGARA DAN LAGI 2 KES DARI KALANGN BUKAN WARGANEGARA.
Laporan media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi yang dipetik melalui Facebook KKM menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 9 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,186 orang bersamaan dengan 95.30% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.
Menurut laporan itu, sebanyak 3 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.
Dilaporkan juga bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.41%.