Pengguna Bijak Sabah Sokong Tolak Cadangan Akta Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama...

Pengguna Bijak Sabah Sokong Tolak Cadangan Akta Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

0
SHARE
David Chan...

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyokong penuh dan mengalu-alukan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bahawa kerajaan negeri membantah cadangan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Presidennya, David Chan berkata, Persatuan Pengguna Bijak Sabah berpandangan isu agama merupakan suatu yang amat sensitif khususnya dalam keadaaan negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.

“Kita mempunyai 46 suku dan 200 suku kecil di Sabah, tetapi kita saling menghormati agama…

“Sehingga kini kita telah belajar dan percaya akan toleransi dan keharmonian. Sabah adalah sebuah negeri unik.

“Setiap budaya, setiap perayaan, kita selalu meraikannya bersama-sama. Menerima jemputan daripada rakan yang berlainan kepercayaan atau budaya adalah satu cara untuk menghormati satu sama lain,” katanya.

Menurut David, perpaduan mesti bermula dengan persefahaman bersama.

“Kami menyokong keputusan kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Hajiji Noor dan menjunjung hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Agong…

“Kami rakyat Sabah saling menghormati pelbagai kepercayaan dan budaya kami demi mengekalkan persahabatan pelbagai kaum,” ujarnya.