Pengurus Tadbir LPPB Diarah Bertindak Tuntas Selesaikan Teguran Jabatan Audit Negara Malaysia

Pengurus Tadbir LPPB Diarah Bertindak Tuntas Selesaikan Teguran Jabatan Audit Negara Malaysia

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah, mengarahkan tadbir urus agensi itu supaya mengambil tindakan tuntas untuk menyelasaikan teguran Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM).

Tegasnya, tindakan serius wajar diambil segera bagi menambah baik isu teguran yang diberikan.

“Saya mengingatkan pengurusan eksekutif LPPB supaya perkara itu tidak berulang dan menjadi barah dalam pentadbiran, “ katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Amanat Pengerusi dan Sambutan Tahun Baru Cina LPPB di Dewan Hakka, semalam.

Awal bulan lalu, LPPB mendapat teguran audit berhubung pengurusan aktiviti utama tahun 2024 yang kurang memuaskan ekoran kelewatan projek berkaitan kerjasama pihak ketiga.

“Saya mengesa agensi berkaitan terutama melibatkan elektrik dan tali air mempercepatkan kelulusan untuk penyambungan ke kawasan projek perumahan yang telah siap dibina,” katanya.

Masiung menegaskan tadbir urus agensi hartatanah itu bukan sahaja menyelesaikan teguran audit, tetapi memastikan semua projek perumahan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Wakil Rakyat Kuamut itu mengingatkan, ketika beliau mula menyertai LPPB pada tahun 2000, pristasi kewangan agensi itu agak merondom.

Namun beliau telah membuat pembaharuan tiga tahun kemudian sehingga LPPB memperolehi sumber keuntungan yang statik bagi membolehkan warga LPPB mendapat bonus tahunan.

Masiung meminta semua pegawai dan kakitangan LPPB mengekalkan hubungan kerja berpasukan bagi memastikan badan kerajaan itu mengekalkan prestasi kewangan memberangsangkan menerusi aktiviti utamanya.