Peniaga Muslim Sabah Digalak Beramal Bersama Dewan Perniagaan Muslim Sabah

Peniaga Muslim Sabah Digalak Beramal Bersama Dewan Perniagaan Muslim Sabah

0
SHARE
Dewan
Ansar menyerahkan sebuah bakul makanan kepada seorang penerima di Majid Kampung Cenderakasih

KOTA KINABALU, SABAH – Sumbangan bakul Ramadan tahunan Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) memberi manfaat kepada 400 orang di kawasan Kota Kinabalu dan Putatan tahun ini.

Setiausaha Kehormatnya, Ansar Maidin berkata, penganjuran yang diadakan sejak 2004 itu bukan sahaja membantu golongan daif malah memupuk nilai tolong-menolong sebagai satu masyarakat.

“Ia juga untuk melatih peniaga baharu agar mempunyai tanggungjawab sosial korporat kepada persekitaran mereka terutamanya untuk mereka yang benar-benar memerlukan.

“Terdapat ramai peniaga yang tidak tahu di mana dan bagaimana hendak bermula. Mereka perlu sentiasa beramal walaupun mengalami masalah kewangan sendiri seperti kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kerjasama dengan kerajaan juga penting untuk merealisasikan inisiatif ini. Ia juga akan menggalakkan lebih banyak dewan atau persatuan perdagangan menjadi lebih membantu,” katanya pada Ahad.

Ansar ditemui pada program itu di Masjid Kampung Cendrakasih di Kolombong, sini yang mana akan diteruskan ke Kg Rampayan, Kg Kelansanan, Kg Delima Melayu, Kg Saga dan Madrasah Al-Madinah.

Pada hari Sabtu, mereka mendaki ke Kampung Kionsom Kecil di Inanam yang mana menurut Ansar kawasan itu tidak diketahui umum.

“Kami berharap kerajaan terus memberi sokongan dan peluang kepada kami,” katanya mengenai program itu yang turut mendapat dengan kerjasama dari Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia.

Beliau menjelaskan bahawa penerima dipilih oleh ketua kampung masing-masing yang akan mengutamakan fakir miskin, ibu tunggal atau orang kurang upaya.

“Pembiayaan kebanyakannya datang daripada ahli DPMS. Kami mempunyai lebih daripada 3,000 ahli.

“Tahun ini kami berjaya mengumpul RM30,000 iaitu kurang RM10,000 berbanding sumbangan tahun lalu yang tertumpu di kawasan di Beaufort.

“Tetapi sekurang-kurangnya penerima kini boleh menantikan Hari Raya dengan kurang beban,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa peniaga Islam di Sabah untuk menyertai DPMS sambil berkata mereka adalah dewan berbilang budaya yang mengalu-alukan keahlian semua kaum.