Penjual Durian Kg Polumpung Direnjat Elektrik

Penjual Durian Kg Polumpung Direnjat Elektrik

0
SHARE

KOTA BELUD: Seorang warga emas direnjat elektrik ketika sedang menjual durian di pondoknya di Kg. Polumpung Malangkap, Jalan Pintas Ranau, sini, petang Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan mangsa, Latihim Baling Kok, 67, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika menerima panggilan kecemasan 2.39 petang melalui talian MERS999.

“Pengadu melaporkan kebakaran yang melibatkan sebuah pondok (menjual durian jenis tidak kekal berkeluasan 10X10 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.

“Mangsa terkena renjatan elektrik telah dihantar ke Hospital Kota Belud oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba. 

“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera seterusnya melakukan pemeriksaan bagi memastikdan tiada bahaya lain yang wujud,” kata seorang jurucakap agensi.