KUALA LUMPUR, 6 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah supaya berkempen dengan cara yang baik dan berhemah.
Beliau turut berharap setiap parti dapat memberikan pilihan terbaik kepada rakyat melalui kempen yang matang dan bertanggungjawab.
“Berhati-hati berbincang, lebih harap kempen dengan baik, bagi pilihan yang sebaiknya untuk rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Khazanah Megatrend Forum di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pagi ini.






