Penumpang Saga Patah Kaki Rempuh Hilux Di Tenom

Penumpang Saga Patah Kaki Rempuh Hilux Di Tenom

0
SHARE
Kemalangan
Proton Saga BLM patah selepas berlanggar dengan sebuah Toyota Hilux berhadapan SK Cinta Mata ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TENOM, SABAH – Kaki penumpang hadapan sebuah kenderaan Proton Saga BLM patah selepas berlanggar dengan sebuah Toyota Hilux berhadapan SK Cinta Mata di sini pada Rabu.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba, empat orang dalam kenderaan terbabit menglami kecederaan dalam insiden 10.50 malam itu.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda Hilux selamat.

“Seorang mangsa lelaki mengalami patah kaki manakala dua lagi lelaki di dalam Proton Saga tersebut mengalami cedera ringan.

“Mereka seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata jurucakap agensi.