Kenderaan Terbakar Punca Gangguan Bekalan Di Kinabatangan

Kenderaan Terbakar Punca Gangguan Bekalan Di Kinabatangan

0
SHARE
Sesb
Kebakaran kenderaan berat di bawah talian SESB Kampung Lot M, Kinabatangan (Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

KINABATANGAN, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam usaha untuk memulihkan bekalan elektrik di daerah ini secara berperingkat dan bekalan dijangka dapat disalurkan kepada semua pengguna lewat petang ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, gangguan bekalan itu terjadi pada jam 8.38 pagi tadi apabila pepasangan talian milik SESB terkesan akibat kebakaran sebuah kenderaan berat di bawah talian SESB di Kampung Lot M.

Bagi memastikan kegiatan seharian pengguna di daerah itu tidak terjejas, SESB telah menempatkan dua buah gen-set bergerak di Hospital Daerah Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kinabatangan untuk membekalkan tenaga elektrik.

“Pemulihan secara berperingkat sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya lewat petang ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, orang ramai boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454/088-515000, Whatsapp 019-8525427 atau aplikasi MySESB bagi sebarang aduan.