Teruskan Majlis Angkat Sumpah Kabinet Baru Tidak Gambarkan Kerajaan Perpaduan

Teruskan Majlis Angkat Sumpah Kabinet Baru Tidak Gambarkan Kerajaan Perpaduan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meneruskan majlis angkat sumpah jemaah menteri semalam tidak menggambarkan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tindakan Hajiji juga dilihatĀ  membelakangi saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melanggar persetujuan serta kesepakatan yang telah dicapai.

Mengulas lanjut, pihaknya telah memberi sokongan penuh saranan yang dikemukakan Anwar kepada Hajiji dalam pertemuan mereka tempoh hari untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah.

“Saranan itu juga mendapat persetujuan dan sokongan daripada UMNO dan Parti
Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang turut hadir pada pertemuan (Anwar dengan Hajiji) itu.

“Penubuhan secepat mungkin sebuah jawatankuasa khas juga ditetapkan bagi
merungkai butiran berkaitan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah yang
bertujuan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Shafie turut berkata kemelut politik Sabah dapat diatasi sekiranya persetujuan dan kesepakatan menubuhkan Kerajaan Perpaduan membabitkan semua parti yang mengganggotai kerajaan di peringkat persekutuan dapat dicapai.