Penunggang Motosikal Cedera Berlanggar Proton Exora di Jalan Tuaran Bypass

Penunggang Motosikal Cedera Berlanggar Proton Exora di Jalan Tuaran Bypass

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 24 tahun dilaporkan mengalami kecederaan selepas motor ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Proton Exora di Jalan Tuaran Bypass berhadapan restoran Pizza Hut hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.07 tengah hari tadi. 

Seramai sembilang anggota bomba dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 8 kilometer.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Exora dan sebuah motosikal jenis Suzuki GSX-R150.

“Penunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menaiki Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari.