JKR Akan Ambil Tindakan Segera Baiki Jambatan Runtuh Di Kampung Tahubang Ranau...

JKR Akan Ambil Tindakan Segera Baiki Jambatan Runtuh Di Kampung Tahubang Ranau – Bung

0
SHARE
Dato Sri Bung Moktar Radin...

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan mengambil tindakan segera, bagi membaiki jambatan yang runtuh di kampung Tahubang Ranau kata Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin.

Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata, beliau telah pun menerima laporan tersebut dari JKR Ranau mengenai kejadian ini dan pihak JKR Ranau telahpun turun padang bagi memantau dan memberikan laporan terperinci mengenai kerosakan yang dialami.

Dalam kejadian pada malam isnin lepas sebuah jambatan konkrit merentasi Sungai Tagubang di Ranau Runtuh ekoran berlakunya hakisan pada abutmen jambatan tersebut.

RUNTUH, Jambatan Sungai Tahubang Ranau yang runtuh pada kejadian malam isnin lepas…

Laporan sebuah protal dalam talian menyebut ekoran kejadian tersebut beratus ratus penduduk turut terjejas perhubungan meraka terutamanya dari kampung Kenipir Gana ke Gana Gaur serta kampung kampung persekitaranya.

Menurut Bung beliau sudah meminta pihak jurutera daerah Ranau memantau dan memberikan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut dan difahamkan laporan serta anggaran kos pembaikan telah dikemukakan ke ibu pejabat JKR

“Untuk kes-kes seperti ini kita akan menggunakan peruntukan kecemasan untuk memperbaikinya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini bagi mengulas kejadian tersebut.

Tambah Bung bagi jangka pendek untuk mengatasi kesukaran penduduk yang melalui kawasan tersebut satu jalan alternatif akan dibuat sementara menunggu proses membaiki jambatan baharu siap dilaksanakan.