6 Negeri Tukar Status Ke PKPP, Namun Larangan Rentas Daerah Di Sabah...

6 Negeri Tukar Status Ke PKPP, Namun Larangan Rentas Daerah Di Sabah Dilanjutkan Lagi 2 Minggu

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan memaklumkan EMPAT (4) negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut berkata negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB.

Datuk Seri Ismail Sabri…

“Enam (6) negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrayaja dan Labuan ditukar status kepada Peringkat Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)…

“Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri ini berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya pada sidang media berhubung perkembangan pelaksanaan PKP hari ini.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri memaklumkan bahawa larangan rentas daerah di Sabah dikekalkan dan dilanjutkan lagi DUA (2) minggu.