Penunggang Motosikal Temu Ajal Di Pusingan U Bukit Vor

Penunggang Motosikal Temu Ajal Di Pusingan U Bukit Vor

0
SHARE
Kemalangan
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PUTATAN, SABAH – Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 24 tahun maut selepas melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang membuat pusingan-u di Bukit Vor, sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.57 petang itu, seorang pembonceng wanita berusia 22 tahun mengalami cedera parah di bahagian kaki.

Ketua Polis Penamapng Supt Sammy Newton berkata siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda terbabit membuat pusingan-u menuju ke Teluk Villa dan mangsa dari arah Putatan ke Kota Kinabalu.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, penunggang motosikal telah tercampak bersama motosikalnya dibahu jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat. Pembonceng turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami apa-apa kecederaan fizikal,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sammy berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala pihaknya meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.