Penyudah Tumpul Hampakan Pasukan B19 Sabah

Penyudah Tumpul Hampakan Pasukan B19 Sabah

0
SHARE
Antara aksi serangan pemain B19 Sabah menantang Polis FC di Padang Sime Darby Bukit Jelutong...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengurus Pasukan Bawah 19 tahun (B19) Sabah, Jamawi Jaafar, mengakui ketumpulan jentera serangan menggagalkan hasrat pasukan itu untuk meraih tiga mata ke atas Polis FC dalam aksi perlawanan Piala Belia di Padang Sime Darby Bukit Jelutong pada petang Rabu lepas.

Beliau yang pertama kali mengemudi pasukan B19 Sabah musim ini sebagai pengurus pasukan berkata, pasukan B19 Sabah banyak mencipta peluang baik untuk menjaringkan gol namun disia-siakan dan terpaksa akur dengan keputusan seri.

“Berdasarkan perlawanan tadi (petang rabu), kami lebih banyak memiliki peluang berbanding Polis FC namun bahagian serangan gagal menyempurnakannya…

Jamawi (dua kanan) memberikan kata-kata semangat kepada para pemain sebelum perlawanan menentang Polis FC…

“Walaupun pasukan lawan memiliki barisan pertahanan yang baik, kami masih dapat mengucar-ngacirkan mereka, tetapi malangnya tiada penyudah ditambah lagi keadaan padang licin ekoran hujan yang turun ketika pelawanan,” katanya ketika di hubungi di sini kemarin.

Sementara itu Jamawi berkata, walaupun sekadar seri, secara keseluruhan beliau tetap berpuas hati dengan persembahan “anak-anak buahnya”.

Jamawi (tengah) bersama jurulatih dan para pegawai merakamkan gambar besama para pemain B19 Sabah…

“Ini adalah perlawanan pertama kita, dan sudah tentu selepas ini pihak jurulatih akan memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan bahagian serangan dalam sesi latihan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

“Saya berharap para pemain akan menumpukan perhatian terhadap sesi latihan,“ katanya.

Pasukan B19 Sabah akan bertemu Kuching FC pada petang 5 Mac ini di Satdium Penampang