Percayalah PRK Akan Berlaku Di Tenom – Peter Anthony

Percayalah PRK Akan Berlaku Di Tenom – Peter Anthony

0
SHARE

TENOM, SABAH – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) menjanjikan untuk terus menjadi wadah penyatuan parti tempatan Sabah meskipun pencalonan Presiden parti berkenaan, Datuk Peter Anthony, ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Sabtu.

Beliau berkata tindakan SPR pada peringkat pusat itu satu penghinaan kepada makhamah dan sekaligus undang-undang negara.

“Seolah-olah meraka tidak menghormati keputusan makhamah. Kenapa saya tidak boleh bertanding? Kalau tidak, mesti sudah ada berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di Melalap,” katanya mengulas alasan tidak boleh bertanding oleh kerana kes makhamah beliau yang telah digantung.

“Pegawai Pengurus Pilihanraya, Pengarah SPR Sabah tiada masalah. SPR pusat yang membuat bantahan. Jadi kita serahkan kepada makhamah…

“Selepas habis (pencalonan) di dewan kita cuba merayu, mereka berkeras untuk menolak walaupun masa menolak pencalonon itu sudah tamat.

“Dimaklumkan ini arahan daripada Kuala Lumpur, SPR negeri tidak boleh buat apa-apa. Saya akan memfailkan petisyen dalam masa terdekat.

“Penyokong PKDM sedih dan sebak tetapi buat masa ini belum ada keputusan untuk menyokong siapa-siapa…

“Kita belajar dari Gabungan Parti Sarawak untuk menghimpun parti tempatan dan kita mula nampak itu di Sabah melalui PKDM,” katanya dalam sidang media pada petang Isnin.

Dalam pada itu, beliau memberi bayangan bahawa Pilihan Raya akan dimulakan semula di Tenom.

“Ini bukan pengakhiran tetapi permulaan bagi PKDM. Ada hikmah di sebalik ini. Selepas calon-calon lain PKDM menang akan tertumpu PRK di Tenom ini, percayalah,” tegasnya.