Perceraian Termahal di Britain

Perceraian Termahal di Britain

0
SHARE

LONDON – Seorang bekas saudagar minyak yang meraih kekayaan dalam industri tenaga di Rusia diarah oleh hakim mahkamah penceraian supaya membayar £453 juta (RM2.5 Bilion) kepada bekas isterinya, lapor daripada akhbar MailOnline.

Keputusan oleh Hakim, Haddon-Cave susulan perbicaraan kes itu secara tertutup oleh Mahkamah Tinggi Bahagian Keluarga di London baru-baru ini.

Hakim tidak mendedahkan nama mereka yang terlibat tetapi berkata, bilionair berusia 61 tahun itu dilahirkan di rantau Caucasus, manakala bekas isterinya berumur 44 tahun dan berasal dari Eropah Timur.

Proses dan keputusan penghakiman tersebut dipercayai merupakan penyelesaian perceraian terbesar yang pernah dianugerahkan di Britain.

Haddon-Cave berkata, lelaki itu bekerja di London sebagai saudagar minyak dan gas. Beliau amat berjaya dalam perdagangan sektor tenaga di Rusia.

Kira-kira lima tahun lalu, bilionair itu telah menjual sahamnya dalam sebuah syarikat di Rusia pada harga £1.01 bilion (5.65 bilion).

Semasa mereka masih bergelar suami isteri, beliau pernah membelikan wanita tersebut barang kemas yang bernilai lebih £300,000 (RM1.7 juta) dan membenarkan dia menggunakan dua kad kredit tanpa had selain kebenaran untuk menaiki kapal layar, pesawat dan helikopter. Saudagar itu juga mempunyai aset koleksi seni yang dianggarkan bernilai lebih £90 juta (RM502 juta) dan sebuah kereta Aston Martin berharga £350,000 (RM2 juta).

Hakim berkenaan berkata, koleksi seni dan kereta tersebut akan ditukarkan hak milik kepada wanita berkenaan sebagai pembahagian harta sepencarian.

Wanita itu merupakan seorang ibu dan suri rumah tangga sepanjang 20 tahun pasangan itu berkahwin dam masih tinggal di rumah mereka di Surrey.

Pada hujung 2014, Jamie Cooper-Hohn yan merupakan isteri ahli kewangan, Chris Hohn dianugerahkan lebih £330 juta (RM1.8 bilion) dalam penyelesaian perceraian.

Tiga tahun sebelum itu pula, Galinan Besharova yang merupakan bekas isteri bilionair Rusia, Boris Berezovsky bersetuju menerima antara £165 juta (RM921.4 juta) hingga £220 juta (RM1.2 bilion) dalam kes perceraian mereka.