Perdana Menteri Slovakia Stabil Selepas Cubaan Membunuh

Perdana Menteri Slovakia Stabil Selepas Cubaan Membunuh

0
SHARE
Slovakia
Fico (kanan) dan penembaknya (kiri)

BRATISLAVA, SLOVAKIA – Perdana Menteri Slovakia Robert Fico berada dalam keadaan stabil selepas ditembak lima kali pada jarak dekat di bahagian perut ketika program bertemu rakyat di kota Handlova pada Khamis.

Polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 71 tahun yang merupakan bekas pengawal keselamatan dan disyaki berkait dengan kumpulan pro-Russia Slovački branci.

Serangan itu berlaku selepas tempoh pergolakan politik di negara Eropah Timur.

Rakaman tular menunjukkan suspek diikat ke tanah oleh pengawal dan orang awam selepas cubaan membunuh itu.

Robert, yang berusia 59 tahun, kembali berkuasa di Slovakia selepas pilihan raya September lalu sebagai ketua pakatan populis-nasionalis yang mempunyai hubungan rapat dengan negara jiran termasuk Hungary.

Beberapa bulan pertamanya sebagai Perdana Menteri telah terbukti mencabar oleh kerana perbalahan dari segi politik.

Pada Januari, dia menghentikan bantuan ketenteraan ke Ukraine, dan bulan lalu, dia meneruskan rancangan untuk memansuhkan penyiar berita bebas RTVS.

Difahamkan suspek, Juraj Cintula, juga merupakan seorang penulis.