Sabah Mungkin Terima Bantuan RM320 Juta Tangani Masalah Air Julai Ini

Sabah Mungkin Terima Bantuan RM320 Juta Tangani Masalah Air Julai Ini

0
SHARE
Shahelmey
Shahelmey (duduk dua kiri) ketika ditemu ramah media.

PENAMPANG, SABAH – Bantuan RM320.25 juta Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah air di Sabah dijangka diterima pada bulan Julai ini.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, peruntukan itu telah ditetapkan namun masih .emerlukan kelulusan daripada Kementerian Ekonomi dan beberaap kementerian yang berkaitan dengan air.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat dalam membincangkan pembangunan Sabah pada April lalu mengarahkan proses dijalankan sebelum NOC (notis perubahan) dikeluarkan.

“Ini membolehkan proses (pemberian) dipercepatkan dan dijalankan serentak yang kita jangka akan dapat dilihat pada Julai.

“Kami telah menunggu agak lama untuk ini,” katanya mengenai pengumuman yang dibuat pada Jun 2023.

Shahelmey ditemui pada majlis pecah tanah Skim Bekalan Air Segera di Loji Rawatan Air Kasigui, di sini, pada Jumaat.

Skim itu membolehkan penambahan lima juta liter air dihasilkan setiap hari bagi manfaat 25,000 penduduk di kawasan Putatan.