PERIKATAN NASIONAL DAKWA PUNYAI MAJORITI TUBUHKAN KERAJAAN

PERIKATAN NASIONAL DAKWA PUNYAI MAJORITI TUBUHKAN KERAJAAN

0
SHARE

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) mendakwa telah menyerahkan Surat Akuan sejumlah 112 Ahli Parlimen dalam sokongan membentuk kerajaan negara yang baharu kepada Istana Negara menurut Setiausaha Agung PN Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Dalam satu kenyataan ringkas, Hamzah berkata ahli Parlimen mengisytiharkan sokongan mereka kepada pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri Malaysia ke-10.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin…

Sementara itu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang juga berkata PN mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Kami telah menyerahkan akuan berkanun (SD). Sekarang, kita tunggu untuk dijemput ke Istana Negara,” katanya dalam catatan Facebook.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang…

PN memenangi 73 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi Pengerusi PN, Tansi Muhyiddin Yassin berkata pada malam Sabtu beliau telah memperoleh sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

Beliau memberi bayangkan bahawa beliau dapat memperoleh sokongan daripada beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Pemimpin parti dan ketua gabungan akan mencadangkan calon perdana menteri pada pukul 2 petang esok (Selasa) setelah BN meminta lanjutan tarikh akhir.

Spekulasi berleluasa bahawa BN dan Pakatan Harapan bersedia untuk bersama-sama membentuk kerajaan persekutuan selepas bahagian Perak kedua-dua gabungan itu mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri itu.