BN, PH Setuju Bentuk Kerajaan Baharu Negeri Perak

BN, PH Setuju Bentuk Kerajaan Baharu Negeri Perak

0
SHARE

IPOH, PERAK – Kerajaan baharu negeri Perak bakal dibentuk menerusi gabungan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu didedahkan menerusi satu kenyataan bersama, di mana BN dan PH bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan baharu di negeri Perak.

Menurut kenyataan itu, perincian bagi ketetapan hal itu akan diumumkan kelak…

Difahamkan, kenyataan itu berkata BN dan Pakatan HARAPAN secara bersama telah memenangi 33 kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak pada PRU -15 .

Oleh itu, demi kepentingan rakyat dan negara, BN dan Pakatan HARAPAN Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri Perak