Persembahan TYT Sabah Tarik Perhatian Pengunjung

Persembahan TYT Sabah Tarik Perhatian Pengunjung

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar( tiga dari kiri) mendendangkan lagu bersama menteri- menteri kabinet ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Persembahan istimewa daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin nyata menarik perhatian kira-kira 50,000 pengunjung dalam Sambutan Hari Sabah 2024.

Buat julung kalinya, bagi melengkapkan Sambutan Hari Sabah, Tun Juhar diiringi menteri-menteri kabinet bersama-sama menghiburkan penonton yang hadir dengan dua buah lagu iaitu “My Way” dan “Malaysia Sejahtera”.

Terdahulu, Tun Juhar yg diiringi isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni hadir pada jam 8 malam kemudiannya disambut dengan gimik persembahan tarian singa diiringi oleh persembahan muzik instrumental tradisi Sabah sejurus merasmikan Sambutan Hari Sabah 2024.

Turut mencuri tumpuan, Persembahan Tarian Sambut Tamu yang bertajuk, “Angkigiat” dari Sk Sri Gaya, persembahan seni silat dari atlet Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, deklamasi sajak daripada Ali Hasan, serta persembahan nyanyian dengan penampilan istimewa artis terkenal tempatan iaitu Rosario Bianis, Maldini Sidney, Masmona serta Ray Kimara.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Timbalan-timbalan Ketua Menteri III, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G, Kitingan, Datuk Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Seri Panglima Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin serta Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Sabitah. — JABATAN PENERANGAN SABAH