Pertubuhan Lima Generasi Sabah Tegas Menolak Hasutan Dan Politik Kebencian

Pertubuhan Lima Generasi Sabah Tegas Menolak Hasutan Dan Politik Kebencian

0
SHARE
Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Sabah menegaskan bahawa penghinaan artis grafik Fahmi Reza terhadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Musa Aman melalui lukisan satira wajar ditolak kerana bersifat hasutan dan kebencian.

Pertubuhan itu berkata tindakan Fahmi bercanggah dengan prinsip Rukun Negara yang menekankan keluhuran perlembagaan serta kesopanan dan kesusilaan.

“PLG Sabah dalam Himpunan Bangkit Sabahan pada 31 Disember 2024 hadir bagi menyatakan solidariti kepada semangat patriotisme khususnya melibatkan Institusi Ketua Negeri Sabah dan keabsahan perlembagaan negeri dan negara.

“PLG Sabah juga bersama dalam suara rakyat untuk menolak dan membanteras rasuah tanpa menafikan kreadibiliti pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan fungsinya.

“Sistem perundangan dan penguatkuasaan melalui SPRM, PDRM, dan institusi kehakiman masih boleh diandalkan untuk menguruskan isu terkait tanpa memilih kelas dan status,” mereka berkata dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, mereka hadir atas kapasiti Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan mempunyai pendirian bahawa penyasaran demonstrasi yang bermotif politik kebencian dan eksploitasi terhadap mahasiswa harus ditolak.

“Kehadiran kami adalah untuk menolak hasutan melampau dan politik kebencian..

“Demonstrasi adalah sebahagian dari alat demokrasi, tetapi biarlah bebas dan mempunyai matlamat jelas.

“PLG Sabah menyeru agar nilai demokratik, kemandirian, perpaduan, dan keharmonian rakyat Sabah terus dipelihara,” mereka berkata.