PUKUL PEKERJA KERANA BERPUASA, 4 LELAKI DITAHAN REMAN BERMULA HARI INI

PUKUL PEKERJA KERANA BERPUASA, 4 LELAKI DITAHAN REMAN BERMULA HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tiga lelaki direman LIMA (5) hari manakala seorang lagi selama TUJUH (7) hari berhubung dakwaan disyaki terlibat dalam memukul dua pengawal peribadi menggunakan rotan selain daripada mengacukan pistol kerana BERPUASA.

Tiga daripada lelaki itu merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit manakala seorang lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.

Majistret Solehah Noratikah Ismail membenarkan kesemua individu terbabit direman bermula hari ini selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan suspek berusia 43 tahun itu kini berada dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Mohamad Zainal dalam satu kenyataan malam tadi berkata suspek yang juga seorang ahli perniagaan ditahan di sebuah lokasi di Klang, Selangor kira-kira jam 8.30 malam tadi susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

“Kedua-dua mangsa adalah pekerja sebuah syarikat keselamatan, GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd dan suspek mendapatkan khidmat mereka sebagai pengawal peribadi daripada syarikat terbabit…

“Kedua-dua mereka sudah berkerja dengan suspek antara tiga hingga tujuh tahun lalu dan punca kejadian dipercayai akibat suspek tidak suka mangsa dan rakannya berpuasa pada bulan Ramadan dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku jam 10 malam tadi di, kedua-dua mangsa yang juga adalah Pengawal Keselamatan kepada majikan mereka telah dimarahi dan ditampar serta ditumbuk apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya majikan sama ada mereka berpuasa atau tidak.

Memetik pada laporan polis yang dibuat oleh pengadu, dia dan rakannya terus dipukul dengan ugutan dari majikan mereka dengan kata ‘U mahu ikut Allah atau U mahu ikut saya, tengok dia bole kasi u gaji ke?’ dan juga telah diacukan pistol sambil mengatakan ‘Saya boleh tembak sama U, Tengok Allah boleh tolong ke?’.

Mohamad Zainal berkata buat masa ini siasatan pihaknya dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).

Dalam pada masa yang sama, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dalam satu sidang media khas sebentar tadi memaklumkan pihak polis kini menyiasat syarikat terbabit yang disyaki terlibat dengan aktiviti judi haram dan ‘ahlong’ yang menjalankan operasi haramnya di beberapa tempat termasuk di Perak, Kuala Lumpur dan Pahang.

Pada sidang media itu juga, beliau menunjukkan 100 jongkong emas dan matawang USD yang dirampas dari rumah salah seorang dari empat suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pukul pekerja kerana berpuasa itu.

Tambahnya lagi, siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan, Seksyen 298 dan 307 Kanun Keseksaan. Selain itu, suspek juga terlibat untuk disiasat di bawah seksyen 41 AMLA dan 5(2) APPW – Pengubahan Wang Haram.