Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor Kota Kinabalu Beri sumbangan Di Ranau

Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor Kota Kinabalu Beri sumbangan Di Ranau

0
SHARE
P. J Tan (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan makanan kepada Ustat Hainin di Rumah Anak Yatim dan Asnaf kampung Silad, penyerahan disaksikan oleh Dr. Joachim (empat dari kanan)...

RANAU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menghargai sumbangan yang diberikan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Hari ini, saya berpeluang menyaksikan penyerahan sumbangan bantuan bakul makanan daripada Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Sui Khor Kota Kinabalu,” katanya.

Pertubuhan tersebut menyumbangkan bakul makanan kepada Children’s Home, Bundu Tuhan, Pasukan Rela dan golongan B40, masing-masing 30, 14 dan 16. Keseluruhan jumlah bantuan bakul makanan ialah 60.

“Kesemua penerima sumbangan adalah terkesan kerana pandemik COVID-19,” ujarnya lagi.

Dr. Joachim (kiri) menyaksikan penyerahan bakul makanan, yang disampaikan oleh P.J Tan kepada Sister Clarice George, di Asrama Children’s Home, kelmarin…

Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengucapkan terima kasih kepada P.J Tan selaku pengurus pertubuhan berkenaan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada P.J Tan atas sumbangan ini. Ia amat bermakna dan semoga murah rezeki,” jelas Dr. Joachim.

Dalam program yang berasingan, Dr. Joachim turut menyaksikan penyerahan sumbangan makanan di Rumah Anak Yatim & Asnaf Kampung Silad.

Dr. Joachim turut menyumbangkan sayur-sayuran kepada rumah anak yatim berkenaan.

Sehubungan itu, Dr. Joachim telah membuat tinjauan ke beberapa kawasan tanah runtuh ekoran hujan turun berlanjutan.