
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan hormat daripada Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia, yang bakal memulakan tugasan baharu di negara penempatan masing-masing kelak, semalam.
Anwar berkata antara perkara dibincangkan dalam pertemuan itu ialah mempergiatkan usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia.
“Saya turut berkongsi hala tuju dasar luar Malaysia yang berteraskan konsep Malaysi MADANI dalam kita mendepani cabaran semasa dan melangkah jauh lebih maju ke hadapan.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga nama Malaysia dapat dibawa ke tahap yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook.