Pertumbuhan Sederhana Dijangka Bagi Tahun 2026 Dengan Strategi Perbelanjaan Berhemah

Pertumbuhan Sederhana Dijangka Bagi Tahun 2026 Dengan Strategi Perbelanjaan Berhemah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah dijangka berkembang sederhana sekitar 2.0 peratus pada 2026, disokong pemulihan pelancongan, aktiviti perdagangan, projek infrastruktur berterusan dan peningkatan pelaburan, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, semasa membentangkan Bajet Negeri 2026.

KDN Sabah mencapai RM84.3 bilion pada 2024, dengan sektor perkhidmatan menyumbang 52.4 peratus.

Pendapatan isi rumah meningkat kepada RM6,498 manakala kadar kemiskinan menurun kepada 17.7 peratus.

Katanya, dari Januari hingga September 2025, negeri mencatat lebihan dagangan RM8 bilion walaupun eksport minyak mentah dan baja menurun, manakala inflasi kekal rendah pada 1.1 peratus.

Projek utama yang menyokong pertumbuhan 2026 termasuk aktiviti pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026, pembukaan Hospital Pakar UMS, Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo, serta peningkatan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Tawau serta Pelabuhan Kontena Sepanggar.

Hasil dijangka menurun kepada RM6.43 bilion berikutan harga minyak mentah lebih rendah, walaupun pendapatan kelapa sawit kukuh.

“Kerajaan negeri memperkukuh kutipan melalui harga rujukan untuk produk petroleum, penguatkuasaan lebih ketat, pindaan undang-undang cukai dan sistem kutipan digital,” beliau berkata.

Sabah turut menyambut keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan haknya terhadap Geran Khas 40 peratus.

Perbelanjaan bekalan 2026 dianggarkan RM6.402 bilion, termasuk RM5.202 bilion untuk operasi dan RM1.2 bilion bagi Tabung Pembangunan.

Perbelanjaan operasi dipotong sedikit sebanyak RM19.35 juta. Emolumen meningkat kepada RM936.73 juta bagi menampung gaji dan kenaikan kakitangan awam.

Perbelanjaan pembangunan dianggarkan RM1.865 bilion, kebanyakannya untuk sektor ekonomi, di bawah had 13MP RM12.02 bilion bagi 1,173 projek, termasuk 932 inisiatif baharu menjadikan ya peruntukan pembangunan terbesar dalam sejarah bajet Sabah.

Masidi berkata strategi gabungan pengurusan fiskal berhemah, reformasi penguatkuasaan dan perbelanjaan pembangunan terancang bertujuan mengekalkan ketahanan ekonomi sambil melindungi perkhidmatan awam dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.