Pesawat Amelia Earhart Hilang Hampir 90 Tahun Didakwa Dijumpai

Pesawat Amelia Earhart Hilang Hampir 90 Tahun Didakwa Dijumpai

0
SHARE
Gambar: Amelia Earhart dan Imbasan sonar didakwa pesawat Earhart (Sumber: Deep Sea Vision)

MISTERI kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terjawab selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat Earhart didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.

Menurut amanz, Earhart hilang sejak 1 Jun 1937 bersama jurumudi, Fred Noonan ketika dalam misi mengelilingi bumi menggunakan pesawat Lockheed Electra. 

Dikongsikan Tony Romeo seorang bekas pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat mendakwa menjumpai lokasi bangkai pesawat Earhart menggunakan sonar.

 

“Imej sonar yang dikongsi adalah agak kabur tetapi mirip bentuk Lockheed Elektra yang dilengkapi dua enjin serta mempunyai ekor berkembar,” terang Romeo.

Sementara itu, katanya, beliau akan cuba mengambil imbasan yang lebih jelas di lokasi yang masih dirahsiakan pada ketika ini.

Kehilangan Earhart adalah antara enigma paling besar dalam sejarah dunia penerbangan.

Antara teori mengenai kehilangan beliau ialah, pesawat terhempas selepas tersesat dan beliau ditangkap oleh askar Jepun kerana didakwa adalah pengintip.

Beberapa misi mencari beliau sejak 87 tahun yang lalu menemukan serpihan aluminium didakwa sebahagian bangkai pesawat dan tulang yang didakwa milik beliau tetapi kemudiannya hilang.

Jika benar Earhart ditemukan selepas hampir 90 tahun, ia memberikan harapan misteri pesawat MH370 juga boleh diselesaikan. Selepas hampir 10 tahun, apa yang terjadi kepada pesawat MH370 masih belum terjawab walaupun selepas lokasi ia terhempas telah diimbas menggunakan sonar.