Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Temui Hajiji

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Temui Hajiji

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury mengadakan pertemuan rasmi dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Pertemuan itu merupakan kunjungan rasmi pertama Chowdhury kepada Ketua Menteri sejak beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia pada Oktober tahun lalu.

Dalam pertemuan berkenaan, Chowdhury diiringi Kaunselor (Politik) Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Pranab Kumar Bhattacharjee dan Setiausaha Pertama (Komersial), Pranab Kumar Ghosh.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Lo Su Fui dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.