Pesuruhjaya Tinggi Singapura Kenang Jasa Malim Gunung Kinabalu

Pesuruhjaya Tinggi Singapura Kenang Jasa Malim Gunung Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sempena ulang tahun ke-10 gempa bumi Ranau 2015, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon mengunjungi Kundasang untuk bertemu Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

Dalam kunjungan itu, beliau menyampaikan 30 pasang kasut sebagai tanda penghargaan kepada malim gunung atas keberanian mereka menyelamatkan pendaki ketika tragedi berlaku.

“Gempa 2015 memberi kesan mendalam, termasuk kepada rakyat Singapura.

“Kami pernah menganjurkan majlis penghargaan pada 2016 dan terus berhubung dengan mereka. Keberanian mereka tidak akan dilupakan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan Sabah atas bantuan yang diberikan, serta menekankan nilai persahabatan dan bantuan sesama jiran dalam waktu sukar.