PFA Bantu Tangani Masalah Pencemaran Ternakan Babi

PFA Bantu Tangani Masalah Pencemaran Ternakan Babi

0
SHARE
Datuk Dr Jeffrey Kitingan...

TONGOD, SABAH – Masalah pencemaran yang disebabkan yang disebabkan oleh proses pengeluaran ternakan babi akan diselesaikan melalui Projek Kawasan Penternakan Babi (PFA) di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, projek itu akan dibangunkan di atas sebuah tanah 202 hektar di Tongod. 

Ia juga akan dilengkapi dengan teknologi moden bagi memproses daging babi dalam keadaan yang sistematik dan efisyen, tambahnya.

“PFA akan mewujudkan satu industri yang akan dapat menangani masalah pencemaran yang boleh merosakkan alam sekitar…

“Projek juga akan menjadi satu nilai tambah kepada penghasilan daging babi di negeri itu dan menjadi saluran kepada penternak untuk memasarkan ternakan mereka,” katanya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata demikian semasa sidang media selepas sesi penerangan mengenai PFA di sini, pada Sabtu. 

Jelasnya lagi, PFA dijangka akan dimulakan tahun ini dan siap tahun hadapan.

Sesi penerangan itu diadakan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Dr Normah Yusop.