TUARAN, SABAH – Empat belas pelancong Korea dan dua jurumudi terkandas apabila bot pelancong dinaiki mereka tersangkut di pokok nipah di Sungai Bolong, sini, pada malam Khamis.
Kejadian pada kira-kira 9.45 malam itu dikatakan akibat daripada arus sungai yang kuat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pasukan daripada balai daerah telah bertindak memindahkan kesemua mangsa ke tebing sungai dengan bantuan bot orang kampung.
“Mereka seterusnya diserahkan kepada Syarikat Travel Mate Holidays Sdn Bhd. Semua mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat.
“Operasi ditamatkan pada pukul 12.57 tengah malam,” kata seorang jurucakap dalam sebuah kenyataan.






