PGA Sabah Rampas 10 Kontena Rokok Seludup Dan Minuman Keras

PGA Sabah Rampas 10 Kontena Rokok Seludup Dan Minuman Keras

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 Sabah membongkar aktiviti penyeludupan pelbagai rokok dan minuman keras bernilai RM 4.5 juta kelmarin.

Komander Briged PGA Sabah, SAC Mohd Abduh Ismail berkata serbuan pada sebuah premis tidak bernombor di Limbanak lebih kurang jam 4.30 petang turut melihat pemberkasan empat lelaki berusia antara 22 hingga 34 tahun dan merampas 10 kontena dipenuhi pelbagai rokok dan minuman keras di dalamnya.

Katanya Op Kontraban tersebut adalah susulan hasil risikan yang sejak April lalu dengan maklumat daripada orang awam.

“Dua daripada suspek yang ditahan adalah warga tempatan manakala dua lagi merupakan warganegara Indonesia yang masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah…

“Kontraban tersebut dipercayai untuk diedar dalam negeri,” katanya.

Semua individu yang ditangkap diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut manakala rampasan dihantar ke stor berpusat barang kes IPD Kota Kinabalu untuk dokumentasi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63…

“Semua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 KPJ dan siasatan lanjut dijalankan oleh IPD Penampang,” Abduh berkata.