Pihak Konsesi, JKR Ranau Diarah Ambil Tindakan Segera Terhadap Jalan Rosak Akibat...

Pihak Konsesi, JKR Ranau Diarah Ambil Tindakan Segera Terhadap Jalan Rosak Akibat Tanah Runtuh

0
SHARE

KUNDASANG, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , Datuk Dr. Joachim Gunsalam hari ini mengadakan lawatan kerja ke kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh ekoran hujan yang berterusan pada minggu lalu.

Antara kawasan yang dilawati ialah Kampung Naradau, Kauluan, Cinta Mata, Lembah Permai, Kinasaraban, Sokid Bundu Tuhan, Lahanas dan Kundasang lama (Nagai).

“Pihak konsesi sudah diarahkan untuk mengambil tindakan dengan kadar yang segera. Demikian juga dengan Jurutera Daerah (DE) Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengambil tindakan susulan,” kata Joachim.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Negeri Sabah berkata pihak konsesi perlu mengambil tindakan segera kerana kerana ada di antara jalan terbabit yang membahayakan pengguna jalan raya.

“Keadaan jalan tanah merah Kampung Pinausok Kauluan dalam keadaan merbahaya dan saya menasihatkan penduduk untuk berhati-hati,” katanya.

Menteri Pembangunan Perindustrian itu juga berharap agar penduduk DUN berkenaan terutamanya yang terjejas dapat bersabar kerana pelaksanaan PKP 3.0 yang menghadkan pergerakan semua orang termasuk pihak konsesi jalan raya.

“Saya berharap penduduk kampung berhati-hati ketika melalui jalan yang berlumpur serta berlubang,” katanya.