PKPB Sabah Dilanjutkan 7 Hingga 20 Disember, Namun Rentas Daerah Dan Negeri...

PKPB Sabah Dilanjutkan 7 Hingga 20 Disember, Namun Rentas Daerah Dan Negeri Dibenarkan

0
SHARE

PETALING JAYA – Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri SABAH dilanjutkan lagi 14 hari bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.

Keputusan tersebut disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi siaran langsung sidang media secara maya di kediaman rasmi beliau hari ini di Facebook Kementerian Pertahanan.

Menurut beliau, keputusan hari ini disebabkan peningkatan kes penularan COVID-19 yang masih berlaku di Sabah dan juga selepas mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Datuk Seri Ismail Sabri…

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa SOP telah dilonggarkan antaranya kemasukan individu ke negeri Sabah dibenarkan bagi tujuan lawatan sosial di mana kebenaran itu melibatkan tiga (3)  kategori iaitu kemasukan domestik pemegang MyKad, MyPR dan MyKAS; pemegang pas imigresen jangka panjang bukan warganegara yang masih sah tempoh dan suami atau isteri rakyat Sabah serta tanggungan mereka.

Ismail turut memaklumkan bahawa rentas daerah dan rentas negeri di seluruh negara dibenarkan kecuali tempat atau kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertketatkan (PKPD). Ini bermaksud tiada kebenaran polis diperlukan sekiranya ingin merentas daerah atau negeri dan tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) akan dibuat.

Dalam pada masa yang sama, Ismail memaklumkan bahawa perincian SOP yang lain di Sabah akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh Jurucakap COVID-19 bagi Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.