PM Dijangka Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok

PM Dijangka Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok

0
SHARE
Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu berita baik berkait barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Memetik sumber Berita Harian, beliau bagaimanapun enggan memberikan perincian dan meminta orang ramai menunggu pengumuman Perdana Menteri itu.

“Ada berita baik daripada Perdana Menteri. Tidak lebih daripada itu. Kita tunggu Perdana Menteri.

“Ia menunjukkan apabila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, kita berupaya untuk membuat pengumuman seperti yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri esok,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mydin Mart Pantai Dalam dan Penyerahan Sumbangan Aidiladha di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar bukan hanya akan menyantuni rakyat, tetapi turut menyelesaikan perkara yang dihadapi.

“Yang cuba kita perbetulkan adalah kelemahan dalam sistem yang sudah terlalu lama diambil kesempatan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak patut mengambil kesempatan.

“Insya-Allah yang akan dilakukan bukan untuk hanya kita fokus hari ini, tetapi masa hadapan lebih baik,” katanya.