PM Malaysia Zahir Takziah Kepada Nahas Keluarga Mangsa Nahas Pesawat Di China

PM Malaysia Zahir Takziah Kepada Nahas Keluarga Mangsa Nahas Pesawat Di China

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Boeing 737-800 di wilayah Guangxi, China.

Beliau menzahirkan ucapan beliau menerusi ciapan akaun Twitternya dan mengucapkan takziah kepada kerajaan China.

“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada Kerajaan China dan keluarga mangsa. Diharap semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya semalam.