
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan semua barisan Menteri dan Timbalan Menteri bagi setiap kementerian masing-masing perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menjalankan tugas.
“Barisan Kabinet dan kementerian perlu memastikan berupaya menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan komited dan lebih proaktif…
“Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik.
“Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran ditetapkan.
“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya pada Pengumuman Kabinet Baharu yang disiarkan secara langsung (LIVE) di media-media tempatan sebentar tadi.