PEMIMPIN GRS, GPS BERSAMA PM PADA HARI PENAMAAN CALON

PEMIMPIN GRS, GPS BERSAMA PM PADA HARI PENAMAAN CALON

0
SHARE
Prn
Anwar diiringi Hajiji dan Abang Johari ke pusat penamaan calon di Selayang ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong calon Kerajaan Perpaduan di tiga pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Selangor di sini, hari ini.

Persinggahan pertama ialah di SMK Sungai Pusu, pusat penamaan calon bagi Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Pakatan Harapan diwakili oleh PKR di Sungai Tua dan Hulu Kelang, dan UMNO di Gombak Setia. Persinggahan kedua ialah pejabat Majlis Perbandaran Selayang, pusat penamaan calon bagi Taman Templer, Kuang dan Rawang, masing-masing diwakili AMANAH, UMNO dan PKR bagi Kerajaan Perpaduan.

Persinggahan terakhir mereka ialah Dewan Dato’ Ahmad Razali, pusat penamaan calon Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya. Kedua-dua kerusi itu diwakili oleh Keadlan dari PH.

Hari mengundi di Selangor dan lima negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan diadakan serentak pada 12 Ogos.