Polis Berjaya Tangkap Tahanan Keempat Yang Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin

Polis Berjaya Tangkap Tahanan Keempat Yang Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Tahanan keempat dan yang terakhir sudah ditangkap polis daerah sini selepas mereka melarikan diri dari Pusat Kuarantin Latihan Makhamah Anank Negeri (ILMAN) pada awal hari Ahad baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah DSP Mohd Haris Ibrahim berkata suspek, Mohd Rahman Basir, 24 tahun, berjaya ditangkap semula di Kilometer 3, Jalan Papar Spur di Papar pada jam 2.20 petang tadi.

“Tahanan berjaya diberkas atas hasil daripada maklumat awam dengan bantuan polis daerah Papar…

Tahana keempat berjaya ditangkap semula di Kilometer 3, Jalan Papar Spur di Papar pada jam 2.20 petang tadi…(Sumber Foto; IPD Penampang)

“Pihak polis Ibu Pejabat Daerah Penampang mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tahanan yang diburu sejak semalam.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai kontak rapat atau pernah bertemu dengan keempat-tahanan ini semaasa mereka meloloskan diri digesa supaya tampil ke klnik berdekatan membuat ujian calitan COVID-19 bagi megelakkan kluster baharu dalam komuniti,” katanya.

Individu terbabit berumur dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun yang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk dadah, mencuri dan mencedera memboloskan diri dari pusat kuarantin tersebut pada sekitar jam 3.30 pagi.

Tiga suspek terdahulu iaitu Arripian Abdul, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, dan Salman Arip berjaya ditangkap di Taman Wijaya, Menggatal…