KOTA KINABALU, SABAH – Polis memberkas seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun disyaki memliki dadah mampu mengkhayal 1,051 penagih pada suatu masa.
Ketua polis daerah ACP Habibi Majinji berkata insiden 5.30 petang Khamis itu membawa kejayaan rampasan 87.89 gram Ketamine, 6.38 gram Ecstasy dan 781.59 gram serbuk ‘juice’.
“Saspek dipercayai menjadi orang tengah, dan juga adalah dalang dalam sindiket pengedaran dadah di bandar Kota Kinabalu…
“Dia boleh mendapat keuntungan sebanyak RM 5,000 hingga RM 6,000 sebulan berdasarkan permintaan.
“Saspek tidak memiliki rekod keasalahan lampau namun begitu positif pengguna Ketamin,” Habibi berkata.
Sebuah Toyota 86 DBA-ZN6 dan Hilux, beberapa telefon bimbit, bersertakan RM 3,000 dalam bentuk wang keseluruhan berjumlah RM 353,000 juga disita bagi membantu siasatan.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 49B Akta Dadah Bahaya yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,” ujar beliau.