PELANCONG MENGADU SEMPORNA KOTOR, SHAFIE APDAL PATUT LETAK JAWATAN ADUN DAN MP

PELANCONG MENGADU SEMPORNA KOTOR, SHAFIE APDAL PATUT LETAK JAWATAN ADUN DAN MP

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Aduan daerah kotor oleh pelancong asing selepas berkunjung ke Semporna bukanlah satu perkara yang baru.

Sebelum ini pada tahun 2018, pelancong asal Slovakia telah melabelkan Semporna sebagai daerah terkotor di Malaysia melalui saluran YouTube milknya dan kemudian telah tular di media sosial.

Pada November 2018 yang lalu, seorang pelancong luar negara telah memuat naik Video di Youtube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ yang mengelarkan Semporna sebagai sebuah pekan atau daerah paling kotor di Malaysia…

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing dalam satu kenyataan berkata “antara isu yang menjadi kegusaran pelancong ke Semporna ialah dakwaan mengenai persekitaran yang sangat kotor dengan terdapat sampah sarap mengeluarkan bau kurang menyenangkan”.

Kenyataan Menteri Pelancongan…(Sumber Foto: Tangkap layar FB Dato’ Seri Tiong King Sing)

Tiong berkata pihaknya menerima aduan berkaitan keracunan makanan baru-baru ini sehingga pesakit mengalami cirit-birit serta terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan terapi intravena (IV) yang mana perkara ini boleh mengancam kesihatan orang awam termasuk pelancong.

Aduan oleh pelancong foto sampah kemudian disiarkan melalui FB Menteri Pelancongan…(Sumber Foto: Tangkap layar FB Dato’ Seri Tiong King Sing)

“Jika isu tersebut tidak dapat diselesaikan, saya akan mengarahkan MOTAC untuk mengeluarkan notis merah, hal ini merupakan langkah terakhir yang tidak dapat dielakkan sekiranya perkara ini gagal diselesaikan,” tegas Tiong lagi.

Dalam pada itu, Gabungan NGO Bebas Suara (SUARA) dalam satu kenyataan mendesak agar Shafie Apdal meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Semporna dan ADUN Senallang keranq gagal menyelesaikan isu sampah dan masalah kekotoran di Semporna.

“Teguran oleh Menteri Pelancongan sehingga bakal mengeluarkan amaran mengeluarkan notis merah ke atas Semporna adalah jelas amat memalukan”.

“Apabila notis merah dikeluarkan dan pelancong luar tidak lagi berkunjung ke Semporna, sudah tentu pendapatan orang-orang Semporna akan terjejas…

“Isu sampah dan daerah kotor di Semporna bukan perkara baru, malahan ianya sudah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu,” kata BEBAS.

Keadaan sampah di salah sebuah tempat di Semporna pada tahun 2018…
Keadaan sampah di Semporna pada tahun 2019…

Isu ini mula menarik perhatian umum selepas video Semporna daerah terkotor telah ditularkan oleh pelancong asing, malahan aktivis alam sekitar juga kerap melakukan program kutipan sampah pada tahun 2018.

Pada tahun 2018 pelancong asing turut membantu mengutip sampah di Semporna…..(Sumber Foto: Tangkap layar FB Sabah Info)
Pada tahun 2018 aktivis alam sekitar memuat naik isu sampah…(Sumber Foto: Fb Green Semporna)

“Semasa Shafie Apdal masih menjawat jawatan menteri KKLW di peringkat Persekutuan, isu sampah di Semporna sepatutnya telah diselesaikan…

“Malahan selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah kami fikir isu ini juga telah berjaya diselesaikan, namun tindakan jangka panjang untuk mengatasinya juga gagal,” jelas BEBAS.

BEBAS berkata lagi, agak pelik apabila Shafie bernafsu besar ingin mengambil alih semula jawatan Ketua Menteri Sabah dan dalam pada masa yang sama isu sampah di Semporna sehingga kini masih belum berjaya diatasi.

“Daerah sebesar Semporna pun Shafie gagal urus dengan baik, apatah lagi niat untuk menguruskan daerah-daerah di seluruh Sabah.”

“Oleh sebab itu, bukan satu perkara yang menghairankan apabila sepanjang 26 bulan Shafie Apdal menjawat jawatan Ketua Menteri, kadar KDNK menjunam dari 8.2 peratus ke 0.5 peratus, kadar pengangguran meningkat, rezab kewangan berkurang dan yang lebih malang tidak ada satu pun pelabur luar berjaya dibawa masuk ke Sabah.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

“Ini semua disebabkan Shafie sebenarnya seorang pemimpin yang gagal dan hanya pandai cakap kosong,” tegas BEBAS lagi.