PENAMPANG, SABAH – Polis giat memburu empat tahanan positif COVID-19 yang telah melarikan diri dari pusat kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri pada jam 3.30 pagi tadi.
Masih bebas adalah Salman Arip, 19, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, Mohd Rahman Basir, 24 dan Arippian Abdul, 27.
Difahamkan TIGA (3) daripada empat lelaki yang berumur 19 hingga 27 tahun tersebut merupakan warga asing.
Ketua Polis Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata mereka (tahanan) dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) berkenaan pada secara berperingkat pada 24 Julai lalu selepas disahkan positif.
“Dua daripada mereka disiasat berhubung kes kecurian, seorang berkaitan dadah dan seorang lagi kerana mendatangkan kecederaan…
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung semua suspek diminta segera menghubungi pihak polis,” katanya.