KOTA KINABALU, SABAH – Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang membuat ucapan provokasi terhadap Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
Rakaman tersebut dimuat naik ke laman Youtube pada November 2020 bertajuk ‘Sabah Must Watch! Biopolitik Tokoh Rasis Pemecah Perpaduan Sabah’.
Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan dibuka berdasarkan satu laporan polis yang baru diterima.
Dalam video berdurasi 11 minit itu, suspek mempertikaikan ijazah kedoktoran Universiti Harvard milik Jeffrey serta melabelnya sebagai rasis.
“Lelaki terbabit turut mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Jeffrey sebagai punca perpecahan kaum di Sabah…
“Dia juga mengaku sebagai wakil suku kaum Bajau Suluk dan menuduh Dr Jeffrey sebagai punca utama suku kaumnya dibenci,” kata Zaidi ditemui wartawan.