Sabah Catat Sedikit Peningkatan Kes Baharu COVID-19, Dua Kes Kematian Direkodkan Di...

Sabah Catat Sedikit Peningkatan Kes Baharu COVID-19, Dua Kes Kematian Direkodkan Di Tawau

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 21 Jun 2021...(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatakan peningkatan tiga (3) kes sahaja pada kelmarin (Isnin) yang membawa kepada jumlah 166 KES baharu positif COVID-19.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berbanding daerah lain, Kota Kinabalu mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi pada Isnin iaitu 44 kes.

“Peningkatan angka ini adalah berikutan aktiviti saringan berterusan termasuk ‘Kluster Coral’ yang menambahkan dua (2) kes dan saringan kluster baharu…

“’Kluster Samedra’ juga merekod 15 kes. Kluster Samedra dan Kluster Coral adalah kes di pelantar minyak yang dimasukkan ke dalam jumlah kes di daerah Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan DUA (2) kes kematian direkodkan di daerah Tawau.

Dua kluster baharu, Kluster Samedra di Kota Kinabalu dan Kluster Serudung Baru di Tawau juga direkodkan kelmarin, Isnin.

“Kluster Samedra melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan kakitangan pelantar minyak iaitu di Platform FPSO KIKEH…

“Kes indeks merupakan penyelia lelaki, 35, yang mula bergejala sejak 12 Jun sebelum disahkan positif COVID-19 hasil saringan pekerjaan pada tarikh sama di klinik swasta.

“Turut dikesan positif ialah 24 kontak dalam kalangan rakan sekerja kes indeks, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 25 kes.

“Manakala Kluster Serudung adalah kluster baharu di Mukim Balung. Kluster ini berkait rapat dengan majlis hari jadi yang diadakan di rumah kes indeks yang dihadiri ahli keluarga pada 12 Jun.

“Kes indeks merupakan warga emas, lelaki, 60, disahkan positif COVID-19 pada 16 Jun di Klinik Kesihatan Apas Balung setelah bergejala sejak tiga hari sebelumnya.

“Susulan kes itu, saringan kontak pada 20 Jun mendapati sembilan (9) individu dalam kalangan jemputan majlis terbabit dikesan positif.

“Setakat hari ini, sembilan (9) lagi kes positif direkodkan menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 19 kes,” jelas beliau.

Dalam pada itu katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Blok 11 Kampung Titingan dan Batu 7, Jalan Tinagat Tawau, Kampung Ejuk di Kota Belud dan Kampung Warisan di Kota Kinabalu berkuatkuasa dari 23 Jun sehingga 6 Julai selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.