Polis Kota Kinabalu Nasihat Rancang Perjalanan Awal Sempena Hari Natal 2025

Polis Kota Kinabalu Nasihat Rancang Perjalanan Awal Sempena Hari Natal 2025

0
SHARE

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal sempena Sambutan Hari Natal 2025, terutamanya bagi mereka yang ingin meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, menekankan supaya penduduk mengisi borang “Balik Kampung” melalui aplikasi Volunteer Smart Patrol (VSP) atau hadir ke balai polis berhampiran.

“Langkah ini membolehkan kami memantau rumah yang ditinggalkan dan mencegah jenayah, khususnya kes pecah rumah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan beberapa laluan di sekitar Padang Merdeka, lokasi sambutan Hari Natal peringkat negeri dari 16 hingga 19 Disember, akan ditutup sama ada secara kekal atau berkala.

Orang ramai dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan Kampung Air dan Jalan Gaya untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Rancang perjalanan anda lebih awal, patuhi arahan petugas keselamatan, dan gunakan pengangkutan awam apabila boleh bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan sepanjang sambutan,” tambahnya.